Saturday 4 June 2011

Bila Battle ni akan berlangsung BRO? (Skemanya Soklan)

Peringkat Saringan

29 & 30 JUN 2011
Bertempat di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam
8.30 malam

dan

Peringkat Akhir

7 JULAI 2011
Bertempat di Tapak Karnival SimplySiti DTAC UiTM Shah Alam
8.30 malam

I Want To Joint This Battle.. How..?

For the time being... Please free to call

Mohd Za'ba
(0177776946)

or

Balkes Izawani Zawawe
(0132655620)

for further informations or sent your enquiries to

simplybattle@gmail.com

REMEMBER...

WE ARE ABOUT TO BLAST !!!

Tuesday 31 May 2011

The Rules & Regulation-SimplySiti Battle of The Bands

TERMA & SYARAT
Syarat-syarat pertandingan:

·        Pertandingan terbuka kepada semua peringkat umur dan jantina.
·        Peserta mestilah bukan pemuzik professional atau pernah merakamkan album dan terikat kontrak dengan mana-mana individu atau organisasi tertentu.
·        Peserta mesti terdiri dari sekurang-kurangnya 3 orang dan tidak melebihi 5 orang.
·        Peserta diwajibkan membawa sebuah lagusahaja (di peringkat saringan) tidak kira ciptaan tempatan atau antarabangsa. Lagu ciptaan sendiri adalah sangat digalakkan. Lagu yang yang dibawa pada peringkat saringan boleh dibawa pada peringkat akhir.
·        Pemilihan konsep muzik adalah bebas tetapi lagu-lagu yang berunsur perkauman, anti-agama, lucah, ganas, pemujaan syaitan, adalah dilarang sekeras-kerasnya. Penganjur berhak memberhentikan persembahan mana-mana kumpulan yang melanggar syarat ini secara serta merta.
·        Peserta adalah dilarang berada dibawah pengaruh alkohol, dadah dan sebagainya, jika berlaku pihak penganjur akan membatalkan penyertaan anda tanpa prejudis.
·        Pihak kami hanya menyediakan peralatan asas. Peralatan asas adalah terdiri daripada 2 unit amplifier untuk Gitar, 1 unit amplifier untuk Bass gitar, 1 unit amplifier untuk keyboard/synthesizer berserta sebuah synthesizer dan satu set drum asas.
·        Peserta diminta membawa sendiri peralatan tangan seperti elektrik gitar, bass gitar dan kayu pemukul drum.
·        Setiap ahli kumpulan hanya boleh menyertai satu kumpulan sahaja, jika terdapat ahli yang sama, penyertaan kedua-dua kumpulan akan dibatalkan.
·        Setiap kumpulan akan diadili oleh panel juri yang akan dilantik oleh pihak kami.
·        Keputusan pihak juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
·        Pihak kami mengenakan Yuran Penyertaan sebanyak RM50. Yuran Pengurusan sebanyak RM10 akan turut di kenakan.


Tarikh Pertandingan
Saringan Pertama dan Kedua

28 Jun 2011 (Selasa 8.30 malam)
29 Jun 2011 (Rabu 8.30 malam)
Tempat: Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam

Pusingan Akhir & Keputusan
7 Julai 2011 (Jumaat 8.30 malam – 11.00 malam)
Tempat: Tapak Karnival Simply Siti DTAC UiTM Shah Alam

Penyampaian Hadiah dan Persembahan Khas
8 Julai 2011 (Sabtu 2.30 petang – 4.30 petang)
Tempat: Tapak Karnival Simply Siti DTAC UiTM Shah Alam
(Tiga kumpulan muzik yang berjaya mendapat tempat Pertama, Kedua dan Ketiga akan membuat persembahan pada GIG bersama-sama kumpulan muzik professional).

** Tarikh pertandingan tertakluk kepada perubahan bergantung kepada jumlah penyertaan yang diterima.

***Borang penyertaan hendaklah di hantar selewat-lewatnya melalui email atau penghantaran terus pada 24hb Jun 2011.

****Sila hantar borang penyertaan ke simplybattle@gmail.com atau hantar terus ke UiTM Puncak Perdana melalui Saudari Balkes Izawani (0132655620), Mohd Za’ba (0177776946)

Penilaian

·        Juri yang dilantik tidak mempunyai kepentingan tertentu dan juri yang sama akan menilai peringkat saringan dan akhir.
·        Penjurian akan dinilai melalui 5 aspek utama iaitu Persembahan Berkumpulan 25%, Teknikal 25%, Seni & Artistik 20%, Penampilan 15% dan Kreativiti 15%
·        8 kumpulan akan dipilih setelah tamat peringkat saringan. Keputusan peringkat saringan akan dapat diketahui pada 4 Julai 2011.
·        8 kumpulan akan beraksi pada peringkat akhir yang akan dijalankan pada 7 Julai 2011 di Tapak Karnival SimplySiti di Dewan Tunku Agung Canselor UiTM.